BAB
TIGA
METODOLOGI
KAJIAN
1.0
PENDAHULUAN
Bab ini
menghuraikan beberapa aspek yang berkaitan dengan kaedah kajian. Aspek-aspek
tersebut adalah reka bentuk kajian, sampel kajian, kaedah pensampelan,
instrumental kajian dan andaian kajian.
1.1
REKA
BENTUK KAJIAN
Kajian
yang dilakukan adalah berbentuk kajian deskriptif bagi mendapatkan maklumat dan
maklum balas dari subjek kajian. Matlamat utama kajian adalah untuk meninjau
sejauh mana kefahaman pelajar-pelajar Darul Quran mengenai Peranan Dan Tanggungjawab
Wanita Dalam Gerakan Dakwah berdasarkan objektif-objektif yang telah
ditetapkan.
Data-data
kajian diperoleh melalui borang kaji selidik yang disediakan oleh penulis dan
diedarkan kepada responden yang telah ditetapkan. Soalan-soalan adalah berbentuk
tertutup di mana responden hanya perlu memberikan pemeringkatan berdasarkan
Skala Likert setakat mana mereka bersetuju dengan pernyataan-pernyataan melalui
soalan-soalan yang dikemukakan.
3.2 SAMPEL KAJIAN
Menurut Mohd Najib (1990), pensampelan merupakan strategi penyelidikan
bila mana penyelidik boleh mendapatkan maklumat mengenai sesuatu populasi
daripada sebahagian individu yang menganggotai populasi tersebut. Sebahagian
individu yang diambil melalui pensampelan bagi mewakili sesuatu populasi yang
dinamakan sampel. Maklumat yang didapati daripada sampel boleh digunakan untuk
menganggarkan maklumat populasi yang dikaji.
Sampel dalam kajian ini adalah sebahagian pelajar Diploma Tahfiz Al-Quran
Wal Qiraat, Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang terdiri
daripada lima syukbah, sebahagian pelajar Ijazah Universiti Sains Islam
Malaysia-Darul Quran (USIM-DQ), dan sebahagian pelajar Pensijilan Tahfiz Darul
Quran-Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (DQ-UIAM).
3.3 KAEDAH PENSAMPELAN
Di dalam kajian ini, penulis menggunakan pendekatan
pensampelan secara kelompok. Pensampelan berkelompok ialah proses menggunakan
sampel di mana unit pensampelan bukan lagi daripada populasi, tetapi ianya
merupakan unsur-unsur daripada kelompok populasi tertentu (Mohd Najib : 1990).
Berdasarkan pensampelan berkelompok, penulis perlulah
menggunakan semua kelompok populasi yang dipilih. Pensampelan satu kelompok
dari senarai kelompok yang telah dikenal pasti dilakukan secara rawak.
Pensampelan kelompok ini dilakukan kerana populasi kajian adalah agak besar.
Disebabkan jumlah pelajar semester enam Diploma Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat,
jumlah pelajar Ijazah USIM-DQ serta jumlah pelajar Pensijilan Tahfiz
DQ-UIAM mempunyai pelajar yang ramai dan
tidak sama pula jumlahnya, bilangan sampel diambil berdasarkan beberapa peratus
dari ketiga-tiga semester. Keseluruhan sampel berjumlah 30 orang.
3.4 INSTRUMEN KAJIAN
Kajian yang dijalankan ini menggunakan borang kaji
selidik sebagai instrumen kajian. Dalam kajian ini, alat ukur yang digunakan
ialah soal selidik. Bahagian A dijawab berdasarkan kesesuaian jawapan maklumat
peribadi dan Bahagian B pula dijawab menggunakan Skala Likert yang mengandungi
lima nilai iaitu :
i)
Sangat Setuju
ii)
Setuju
iii) Tidak Pasti
iv) Tidak Setuju
v)
Sangat Tidak Setuju
Bahagian B mempunyai 15 soalan. Ia berkisar tentang
tahap kefahaman responden mengenai Peranan Dan Tanggungjawab Wanita Dalam
Gerakan Dakwah.
3.5 ANDAIAN KAJIAN
Di dalam melaksanakan kajian ini, penulis membuat
beberapa andaian agar hasil kajian dapat dilakukan dengan berkesan dan sempurna.
Di antara andaian-andaian yang dijangka oleh penulis ialah :
i)
Semua soalan di dalam borang kaji selidik dijawab kesemuanya dengan jujur
dan ikhlas oleh responden.
ii)
Responden memberi tindak balas kepada soal selidik secara sukarela dan
kritis.
iii)
Jumlah soalan bagi soal selidik adalah mencukupi untuk pengukuran dan
boleh mencapai objektif kajian.
3.6 PROSEDUR KAJIAN
Untuk membolehkan kajian ini berjalan dengan lancar,
penulis akan mengedarkan borang kaji selidik dengan menemui sendiri setiap responden.
Penulis akan mendapatkan kerjasama dari semua responden untuk menjawab dan
memastikan kesemua borang kaji selidik dijawab dan dikembalikan.
Segala data yang diperoleh dari borang kaji selidik
akan diteliti dan disusun serta dimasukkan ke dalam jadual pengelasan mengikut
kategori soalan. Data-data akan dianalisis untuk mendapatkan maklumat mengenai
kekerapan (frekuensi) dan purata(min) dalam bentuk jadual.
3.7 KESIMPULAN
Kesimpulan metodologi kajian ini menggunakan borang
kaji selidik dan pemarkahan berdasarkan Skala Likert. Kajian ini telah mendapat
persetujuan daripada pihak Darul Quran, JAKIM. Pensampelan bagi kajian ini
berdasarkan sampel rawak kelompok iaitu pelajar semester enam Diploma Tahfiz
Al-Quran Wal Qiraat, pelajar Ijazah USIM-DQ, dan pelajar Pensijilan Tahfiz
DQ-UIAM, Darul Quran JAKIM, Kuala Kubu Bharu, Selangor Darul Ehsan.
No comments:
Post a Comment