بسم الله
الرحمان الرحيم
Saat
terbitnya perkataan 'agama' atau 'Islam' dalam fikiran kita, masih ramai di
antara kita akan berasa seperti kaku dan keras seolah-olah agama ini
mengongkong dan mengawal kita secara paksaan.
Tidak timbul niat di hati kita untuk melawan atau memberontak, apatah lagi mempersoalkan agama dan ketuhanan tetapi kadangkala timbul sekelumit perasaan menganggap bahawa agama sebagai satu bebanan, terasa beban berat datang menghimpit dan menyesakkan dada.
Pasti ramai di antara kita akan menafikan tetapi hakikatnya kita tidak dapat menipu diri kita sendiri. Buktinya, sebagai contoh, lihat sahaja apabila soal jihad dilontarkan kepada kita, akan terasa seakan satu benda berat tergalas di pundak; terasa terlalu banyak untuk otak kita mencerna dan memproses maklumat.
Tidak timbul niat di hati kita untuk melawan atau memberontak, apatah lagi mempersoalkan agama dan ketuhanan tetapi kadangkala timbul sekelumit perasaan menganggap bahawa agama sebagai satu bebanan, terasa beban berat datang menghimpit dan menyesakkan dada.
Pasti ramai di antara kita akan menafikan tetapi hakikatnya kita tidak dapat menipu diri kita sendiri. Buktinya, sebagai contoh, lihat sahaja apabila soal jihad dilontarkan kepada kita, akan terasa seakan satu benda berat tergalas di pundak; terasa terlalu banyak untuk otak kita mencerna dan memproses maklumat.
Atau
lihat sahaja diri kita saat lambakan tugas seharian perlu diselesaikan sehingga
tiada masa buat diri kita sendiri, bagaimana attitud kita terhadap solat saat
azan usai dikumandangkan tetapi kita sedang berada di kemuncak pelaksanaan
tugas?
Tidak
perlu kita menjawab persoalan-persoalan ini, lihat sahaja perasaan yang terbit
jauh dari lubuk hati kita. Apakah terasa agama ini membebankan atau seronok
melaksanakannya?
Lantaran
itu, satu persoalan lain harus dilontarkan kepada diri kita, di mana silap
kita?
Mengapa
terasa berat melaksanakan suruhan agama walau hakikatnya kita tidak berniat
berasa begitu?
Persoalan-persoalan
inilah yang sering menelusuri serebrum otak saya saat saya duduk bersendirian. Saya memikirkannya bertahun-tahun lamanya sejak menuntut di sekolah menengah lagi.
Sepanjang beberapa tahun ini, hanya sedikit sebab yang saya temukan berdasarkan
pendapat saya sendiri:
1.
Minda kita hanya mengaitkan agama dengan soal hukum-hakam; antara halal dan
haram terutamanya para pelajar Syariah, Fiqh, dan Usul Fiqh.
Hakikatnya,
Islam ini bukan semata-mata tentang hukum tetapi turut merangkumi soal etika(akhlak) dan kepercayaan (aqidah). Inilah yang menyempurnakan Islam itu
sendiri dan menjadikannya sebagai satu agama yang lengkap dan indah. Jika kita
memikirkan soal hukum semata-mata tanpa dikaitkan dengan dua lagi elemen
penting Islam itu sendiri iaitu akhlak dan aqidah, nescaya tempanglah sisi kemanusiaan
yang dikurniakan Allah SWT kepada kita.
Saya
berikan beberapa contoh perkara-perkara yang halal di sisi Islam, tetapi
hakikatnya nampak buruk dan jelik dilakukan penganutnya tanpa kita sedar Allah
SWT mendatangkan panduan bersama-sama hukum yang dilontarkan.
Contoh
1:
Seorang
anak mengahwini bekas emak tirinya setelah ayah kandungnya sendiri menceraikan
emak tirinya sebelum berlakunya percampuran suami-isteri[1]
antara ayah dan emak tiri.
Ya, perkara seperti ini halal namun
tergamakkah seorang anak mengahwini bekas isteri ayahnya dalam keadaan ayahnya
masih hidup?
‘Common sense’ inilah yang saya panggil
sebagai akhlak.
Contoh 2:
Isteri : Jika saya tidak menyusukan anak
kita, abang pasti akan membeli susu tepung buat anak kita bukan?
Suami : Eh, sayang ni. Mestilah, kenapa sayang
tiba-tiba tanya abang macam tu?
Isteri : Tak delah. Kalau susu tepung
abang sanggup bayar dengan duit, kenapa tidak abang memberi upah sahaja susu
yang diberikan oleh saya kepada anak kita? Susu ibu kan lebih baik untuk antibodi
bayi. Kalau abang tak sanggup bayar, saya takkan menyusukan lagi anak kita!
Suami : Aik?
Dialog di atas hanyalah rekaan yang
dibincangkan semasa kelas Fiqh Zakat kami.Semasa kelas Fiqh Zakat bersama-sama
Dr. Sabri Zakaria, dihuraikan tentang nafqah dan timbullah persoalan nafqah
anak itu kewajipan mutlak bagi siapa? Adakah suami seorang? Atau bersama-sama
isteri? Maka diterangkan bahawa kewajipan si suami sehinggakan jika si isteri
meminta upah dari susu yang diberikan, maka perkara itu dibenarkan tetapi
tergamakkah seorang isteri menyusahkan suaminya sendiri?
Ini juga dinamakan sebagai akhlak.
Takkanlah untuk anak sendiri masih mahu berkira-kira bukan?
Contoh 3:
Suami memaksa isteri melakukan pergaulan
dalam keadaan tidak rela atau ada sesetengah pihak menganggapnya sebagai
merogol isteri.
Wujudkah istilah merogol isteri? Perkara
inilah yang sering diperjuangkan para pendukung fahaman feminisme dan
wanita-wanita Islam lainnya.
Halal ke? Ya, tetapi suami tersebut tidak sempurna keislamannya disebabkan kurangnya akhlak dan tadabbur pada ayat Al-Quran yang mengajar supaya mencampuri isteri itu dengan cara yang baik, bukannya keras melalui paksaan.
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
وَعَاشِرُوْهُنَّ
بِالْمَعْرُوْفِ
“Dan bergaullah kamu dengan mereka
(isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik." (Surah al-Nisa' : 19)[2]
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya orang yang paling baik antara kamu semua adalah orang yang paling
baik terhadap isterinya dan aku adalah orang yang terbaik antara kamu semua
(dalam membuat kebaikan) terhadap isteriku." - hadis riwayat al-Tirmizi.
Rasulullah SAW bersabda lagi yang
bermaksud: “Orang yang paling sempurna imannya adalah yang terbaik akhlaknya
antara mereka dan yang paling baik adalah yang paling baik akhlaknya terhadap
isteri-isterinya." - hadis riwayat al-Tirmizi.
Cukuplah contoh yang diberikan setakat
ini. Masih terlalu banyak hakikatnya halal dari sudut hukum tapi bercanggah
dengan akhlak yang diajarkan Nabi Muhammad SAW sedangkan baginda utusan Allah
SWT; baginda lebih memahami urusan agama lebih dari kita sendiri.
Penyelesaian untuk isu ini ialah,
janganlah kita menganggap bahawa agama ini hanya soal hukum, hayatilah juga
keindahannya melalui akhlak baginda SAW, nescaya hilanglah rasa berat saat
ingin melaksanakan segala suruhan dan larangan Allah SWT.
2. Punca kita merasakan bahawa agama itu
berat kerana kita tiada ‘passion’ dalam melakukannya. Banyak riwayat
menceritakan bahawa para sahabat R.Anhum menemukan kerehatan dalam ibadah
khusus yang dilakukan seperti solat bukan sebgai beban yang membazirkan masa
dan tenaga.
Jika kita boleh mengangkat filem ‘3
Idiots’ sebagai satu filem yang baik lantaran Phunsukh Wangdu[3]
mengajar kita mencari ‘passion’ dalam menuntut ilmu, mengapa tidak kita
menemukannya dalam kehidupan beragama?
3. Kita hanya mengambil Islam dari sudut
yang menguntungkan kita.
Hari ini kita berbangga lahirnya
gelombang dalam masyarakat kita yang mula menerima Islam secara besar-besaran
sehinggakan saya dapati hampir semua perkara yang ada nama Islamik, sangat
mendapat tempat. Wujudnya Ustaz PC, Kedai Ustaz, Ustaz Love dan segala jenis
produk yang dijenamakan dengan jenama Islam termasuklah produk-produk bank
Konvensional yang mula menawarkan akaun yang Islamik.
Kita berasa bahawa pihak bank yang
kadangkala terdiri dari orang kafir mahupun orang Islam itu sendiri menerima hukum
Islam tetapi hakikatnya tidaklah mereka melakukannya melainkan perkara itu
menguntungkan mereka. Macam mana tu?
Dalam sistem muamalat Islam, HARAM bagi
pihak bank memberikan imbal balik kepada pendeposit. Jika pendeposit hanya
menyimpan RM55 dalam akaun simpanan, maka hanya sebanyak itulah yang boleh
dikeluarkan tanpa bertambah satu sen pun. Pelik mengapa diharamkan?
Tidak sebenarnya kerana ia membawa riba’.
Riba’[4]
perlu difahami dengan maksud sebenarnya bukan yang hanya difahami dalam
masyarakat Melayu kita. Boleh rujuk di nota kaki.
Apa yang menguntungkan pihak bank
melalui akaun Islamik?
Mudahnya begini. Bank membuat keuntungan
melalui pendapatan mereka termasuklah kita yang mendepositkan simpanan di dalam
bank mereka melalui saham semasa.
Jika akaun konvensional, para pendeposit
akan diberi sedikit imbuhan atau insentif ke dalam akaun simpanan mereka setiap
tahun mungkin dalam 2% ke 5% berbeza-beza mengikut bank berbeza dengan akaun
Islamik yang tidak dibayar kerana tidak boleh, diharamkan.[5]
Begitu juga kita sebagai manusia,
mengambil agama ini dari sudut yang menguntungkan kita sehingga kita terasa
segala suruhan Allah SWT dalam perkara yang mungkin memenatkan kita sebgai
beban bukan sebagai satu suruhan cinta Allah SWT demi kebaikan diri kita.
والله أعلم
[1] (persetubuhan - saya lebih suka menggunakan istilah
percampuran/pergaulan suami-isteri daripada perkataan melakukan seks atau
persetubuhan atau jima'. Hal ini saya pelajari dari Dr. Muntaha yang sering
mengungkapkan lafaz 'معاشرة الزوجية' yang bermaksud percampuran suami-isteri
dalam kelas-kelas beliau. Beliau merupakan pensyarah saya bagi dua subjek
setakat ini iaitu Adillat al-Ahkam dan Mabahith Turuq Al-Istinbat)
[2] Menurut
ath-Thabari, yang dimaksudkan bi al-ma‘rûf adalah dengan segala hal yang
diperintahkan syariah dalam mempergauli mereka, yakni dengan menunaikan hak-hak
mereka. - Beberapa mufassir menyatakan
bahwa ma‘rûf adalah bersikap adil dalam giliran dan nafkah; memperbagus ucapan
dan perbuatan. - Al-Jaziri berpendapat ma‘rûf sebagai tindakan yang adil dan
ihsân. - Asy-Syaukani menyatakan,
semuanya berbeza-beza, bergantung pada kemampuan suaminya; dari segi kekayaan,
kemiskinan, ketinggian, dan kerendahannya.
Walaupun ayat ini menerangkan dari sudut lain, harus difahami juga
bahawa suruhan utama Allah SWT dalam ayat ini ialah melayan isteri dengan baik
[3] Watak yang dilakonkan oleh Amir Khan dalam
filem tersebut da nada beberapa video yang viral bahawa watak itu hakikatnya
memang wujud di dunia nyata dan dia memiliki sekolahnya sendiri
[4] Riba’ bukan sahaja pihak yang berkelebihan
(sebagai contoh : pemberi hutang) tetapi tetap juga menjadi riba’ jika pihak
yang kurang berkemampuan (sebagai contoh : pemiutang) mendapat wang yang
berganda-ganda.
[5] Para fuqaha’ masih
membincangkan isu ini secara terperinci, masih tiada pendapat yang jelas
mengenai hukum pihak bank memberi imbal balik kepada pendeposit kerana asal
pengharaman riba’ disebabkan ia memudaratkan dan menzalimi tetapi hakikatnya
pihak bank membuat keuntungan bahkan jauh berlipat kali ganda dari bank
konvensional. Ada ulama’ berpendapat bahawa isu ini perlu dilihat semula kerana
mungkin jauh berbeza dengan simpanan yang wujud di zaman baginda SAW dan para
sahabat R.Anhum ajma’in.
No comments:
Post a Comment