Thursday, May 3, 2018

Kesetiaan Sang Pawana


19 Februari 2018

Jaafar termenung panjang. Sudah lebih setahun rasanya sejak dia memadamkan api kemarahan dan kebencian yang tertanam di benaknya beberapa tahun sebelum itu.

Dendam dan amarah tidak pernah membuatkannya menjadi insan lebih baik bahkan hanya menyiksa jiwa dan raganya.

Benar, sakit dan pedih saat ditinggalkan tetapi pada hematnya, bukan itu tujuan utama kehidupannya, masih banyak tugas dan misi tergalas di pundak sebagai seorang hamba yang beriman kepada Tuhannya.

Hati ini bukanlah dicipta untuk dipenuhi dengan dendam dan amarah tetapi untuk kedamaian dan ketenteraman. Hanya kebahagiaan yang seharusnya dirasai oleh hati dalam kehidupan ini.

Dia yakin, Allah SWT tidak pernah menjanjikan bahawa kehidupannya akan mudah tetapi Allah SWT berjanji untuk sentiasa bersama-sama dengan orang yang mendekatkan diri kepadaNYA. Allah SWT tidak pernah menzalimi hamba-hambaNYA apatah lagi orang-orang yang sentiasa berusaha menggapai redaNYA. Itu keyakinannya.

Peristiwa itu memadamkan kepercayaan Jaafar terhadap pelajar-pelajar jurusan agama meskipun dirinya sendiri seorang penuntut bidang keagamaan. Lihat sahaja realiti hari ini, ramai orang yang tidak khusus mendalami agama jauh lebih beragama dari orang yang berbangga dan mengaku lulusan agama.

Kenangan silam kembali bertandang ke benaknya satu-persatu. Bermula dari musuh ketat semasa tahun kedua, sehingga kerja bersama-sama dalam persatuan, berbalas surat melalui orang tengah, ber'baitul muslim' melalui naqib sekolah, semuanya kembali bertamu di fikirannya.

Cuma kali ini, Jaafar sedar dirinya bukan seperti dulu, tiada lagi rasa sakit dan dendam saat memori berputar-putar di benaknya, berbeza ketika beberapa tahun dulu, kadangkala menangis meratapi nasib diiringi rasa benci, marah, sedih, duka, semuanya bercampur-baur mencipta ramuan yang meracuni hati.

Dua tahun juga untuk dirinya belajar meminta maaf dan memaafkan. Kenapa minta maaf? Kerana dia sedar dirinya juga tidak pernah terlepas daripada kesilapan sepanjang perhubungan itu. Kenapa memaafkan? Kerana dia sedar, saat dirinya sakit dan bersedih untuk perempuan yang meninggalkannya, perempuan itu sedang menghirup manisan kehidupan.

Kini, tidak lagi terasa sakit hati, tidak lagi berasa marah dan sedih saat memori itu menjengah fikiran. Ya, bukan mudah tetapi hari-harinya selepas itu menenangkan. Tiada lagi sesak di dada, tiada lagi fikirannya memikirkan perempuan yang tidak pernah menghargai dirinya.

**************************************************************************

Muhammad : Sheikh, aku nak tanya sikit boleh?

Jaafar : Haha. Nak tanya apa tu?

Muhammad : Kau masih marahkan budak tu lagi ke selepas bertahun-tahun ni?

Jaafar : Haha. Mana ada dah sheikh. Dah lama aku belajar memaafkan dia. Aku sedar aku pun ada silap tetapi tu lah, dah orang dah tak nak, buat apa sibuk nak kejar-kejar lagi? Lagipun, dia bagitahu aku dulu dia dah terima taqdim orang lain. Kenapa tanya ni? Haha

Muhammad : Bukan apa. Kalau aku cakap ni, jangan marah lah ye. Beberapa hari lepas, aku duk melepak dengan kawan aku ni, dulu mengaji sama kat sana dengan aku. Dia cakaplah pasal perempuan ni. Memandangkan aku tahu cerita korang, aku rasa betullah orang cakap, dunia ni berputar, kadang-kadang kita kat atas, kadang-kadang kita kat bawah.

Jaafar : ....

Muhammad : Kau kata dia ada terima taqdim kan? Adalah aku kenal budak ni, budak Kelantan, senyap orangnya. Beberapa hari lepas, dia duk serabutkan kepala kawan aku ni, tak boleh terima budak lelaki tu tak dapat teruskan. Budak lelaki ni kata, emaknya tak setuju. Itulah apa yang aku nak sampaikan, tak perlulah berdendam, dia dah rasa apa yang kau rasa.

Jaafar : Teringat ayat dia dulu, "Ana kahwin bukan untuk ana tapi untuk mak ana". Alasan yang sama. Subhanallah, Ma Sha Allah, betullah Allah SWT itu Maha Adil. Dan aku pelik, kalau mak dah tak setuju, kenapa nak salahkan lelaki tu? Bukan tu juga alasan yang digunakan untuk dia melupakan segala rasa dan janji dulu? Sepatutnya dia lebih memahami. Benarlah, Allah SWT itu Maha Adil.

Muhammad : Kau percaya tak aku cakap besar kemungkinan satu hari nanti kau akan bertembung dengan dia kat mana-mana?

Jaafar : Ada juga aku fikirkan, aku pun berasa benda yang sama.

Muhammad : So, apa kau nak buat waktu tu?

Jaafar : Tak de apa. Macam biasa.


Dan pertemuan Jaafar dengan Muhammad pada malam itu berakhir di situ apabila bas Muhammad tiba. Keyakinan Jaafar ketika itu terhadap Tuhannya bertambah kukuh, ada rasa pelik yang menyelubungi. Rasa kasihan dan kagum dalam waktu yang sama.

Dia hanya mendoakan yang terbaik tetapi hatinya tekad, sekiranya perempuan itu datang kembali, tidak akan dan tidak sesekali akan kembali berputik biarpun dia berasakan bahawa itu mustahil. Bukan kerana dendam, bukan kerana amarah, tetapi kerana dia lebih senang hidup bersendirian.

Bayu malam itu dirasakannya dingin tetapi cukup mendamaikan. Dia meneguhkan langkahnya seketika sebelum menapak pergi dengan kegagahan. Terasa ada kemenangan buatnya biarpun hakikatnya tiada peperangan yang dicetuskan. Terasa Tuhan memeluk setiap inci tubuhnya. Moga pawana lembut ini sentiasa setia membelai orang-orang yang dikecewakan serta memadamkan api dendam dan kemarahan mereka sebagaimana yang berlaku pada hari ini.

Sunday, August 20, 2017

12 Ogos 2017

Mungkin sudah terlambat, mungkin juga sudah basi disebabkan ‘post-post’ yang menjadi sohor kini (trending) pada minggu lalu.

Tarikh ini tarikh keramat bagiku. Tiada kata mampu diungkap bagi menggambarkan rasa yang bergelora di jiwa. Terasa semuanya bagaikan mimpi biarpun hakikatnya semuanya adalah realiti.

Titisan jernih sedikit tertumpah dalam kehangatan terik mentari yang menyimbah. Kaki yang sedari tadi bergetar terasa kembali kuat meneguhkan tegaknya.

Pemeriksaan barisan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V
Saat itu, segala memori yang terakam kembali berputar-putar di fikiran satu demi satu. Masa yang tadinya dirasakan begitu lama menantikan kehadiran kini terasa begitu pantas berterbangan.
Perkara paling mengganggu fikiran saat ini ialah sebab utama menyertai Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) ini.

Masih jelas di fikiran saat hati berkecamuk memikirkan mampukah diri ini melepasi Ujian Kecergasan Asas (UKA) bagi melayakkan diri menjadi seorang kadet PALAPES. Jelas, cukup jelas.
Saat itu, hati begitu ragu memikirkan benarkah diriku mampu? Benarkah aku sanggup menahan penderitaan selama 3 tahun, berbeza dari pelajar-pelajar lain?

Hati bertambah ragu saat salah seorang kenalan DQ menarik diri pada saat akhir. Akhirnya, aku memilih membulatkan tekad mencuba nasib kerana hasratku yang kuat untuk bernikah.

Ya, bernikah!

Hanya itu menjadi penguat motivasiku untuk mencuba nasib menjadi kadet PALAPES. Minatku terhadap dunia ketenteraan sahaja tidak cukup kuat bagi meneruskan hasratku, tidak sanggup aku bersusah-payah hanya kerana minat yang tumbuh. Elaun yang ditawarkan menjadi sebab utama menguatkan diri mencuba nasib. Fikirku, elaun inilah yang akan menjadi mahar untuk dirinya kelak.

Saat ujian larian, aku hampir sahaja menyerah. Setelah sekian lama selama 3 tahun tidak aktif bersukan semasa pengajian diploma, mustahil bagiku berlari sejauh 2 kilometer dalam masa yang ditetapkan. Hampir sahaja aku pengsan di pertengahan jalan, tetapi dikuatkan semangat demi mencapai hasrat.

“Kahwin, kahwin, kahwin”

Itu ayat yang kuulang-ulang saat hati ingin menyerah kalah, saat kaki ingin menghentikan langkah. Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, aku berjaya menamatkan larian dalam masa yang ditetapkan.
Masih kuingat saat menghadirkan diri ke KLIA bagi melihat dirinya terbang jauh ke Jordan melanjutkan pelajaran. Kuminta pertolongan kawan baiknya menyerahkan beg kertas berisi sebuah buku sebagai hadiah dan peneman di sana. Terselit pamphlet mengenai PALAPES dan sepucuk surat memaklumkan hasratku bahawa elaun inilah yang akan menjadi mahar buatnya. Itu janjiku pada dirinya yang tidak pernah kulupakan.

Apakan daya, manusia ini mudah berbolak-balik hatinya. Kehangatan yang dirasakan menjadi dingin di pertengahan. Hasrat suci dan murni untuk menyatukan akhirnya bertukar menjadi kemarahan dan kesedihan yang berpanjangan.

Tahun kedua dalam PALAPES, aku mula memberontak. Motivasi yang menjadi penguat semangatku hancur lebur ditelan zaman. Kesibukan berpersatuan saat itu juga menjadi penguat untuk menarik diri dari bidang ketenteraan yang begitu mengikat dan melemaskan.

Sangkaanku, keaktifanku berpersatuan dapat memadamkan api kemarahan dan kenangan tetapi hakikatnya, semakin kuaktif, semakin kuat pula ingatan datang menerpa.
Kerana jalan inilah yang menemukanku dengannya! Kerana jalan inilah yang membuatku menginginkan dirinya! Kerana ingin istiqamah melalui Baitul Muslim yang dibina!

Aku mula menghentikan larian, mengambil masa menyedut udara segar. Aku mula berfikir ke mana arah tujuku. Cinta dan perjanjian hanya sebuah mainan biarpun pemainnya seorang ustaz mahupun ustazah yang mengaji agama!

Aku mula muak ungkapan Jihad yang dilaungkan setiap persatuan tetapi membawa kepada perpecahan umat Islam itu sendiri.

Aku mula muak perlakuan ustaz dan ustazah yang sering menyalahkan Tuhan dengan takdir yang diberikan sedangkan Tuhan memberi kudrat kepada insan melakar garisan kehidupannya sendiri. Segala takdir memang berlaku dengan izin Tuhan tetapi atas pilihan yang turut diberikan.

Tuhan tidak pernah zalim, apatah lagi kepada hamba-hambaNYA yang mahu menghampiriNYA. Hanya kita yang seringkali bodoh dalam membuat pemilihan dan penafsiran.

Akhirnya, minatku dalam ketenteraan kian tumbuh. Daripada menyibukkan diri dengan berpersatuan yang hanya melaungkan jihad tetapi saat seruan jihad itu sampai, mampukah mereka menghadapinya? Maka aku mula menumpukan ke bidang ketenteraan.

Ahli-ahli persatuan sering menjadikan topik Baitul Muslim (perkara paling benci aku dengar) saat bersembang. Tidak kurang ramai ahlinya bernikah awal atas alasan menjaga hati dan istiqamah dalam perjuangan.

Saat itu, muncul di benakku pemikiran bahawa lebih baik aku berkahwin dengan perjuangan yang sebenar, mengorbankan diri demi negara tercinta, bukan sekadar laungan penuh semangat, tetapi akan kubuktikan dengan amal.

Pelbagai peperangan dalaman kuhadapi untuk tiba ke saat ini. BMI yang berlebihan di saat akhir membuatkan aku melawan nafsu makan dan memaksa diri melakukan senaman lebih dari kebiasaan.
Keluarga yang banyak memberikan sokongan
Bersama-sama Panglima Latihan, Mejar Jeneral Datuk Tengku Ahmad Noor Tuan Chik
Bersama-sama RSM PALAPES UM, Encik Mushaidi
Kenangan bertemu dengan pegawai-pegawai dan jurulatih-jurulatih yang hebat, ibubapa yang begitu memberikan sokongan, rakan-rakan yang menerima kekurangan kita dan sudah dianggap seperti keluarga sendiri, pahit manis, gelak tangis; semuanya menghadirkan pelbagai kenangan yang tidak mungkin mampu dilupakan.
Melapor di Rejimen 515 Askar Wataniah untuk ditumpangkan ke PALAPES UM

Hari ini aku menjadi seorang pegawai simpanan Angkatan Tentera Malaysia.

‘Paku’ yang tertancap di bahu, bukan suatu kebanggaan tetapi suatu amanah dan tanggungjawab demi masa depan negara yang tercinta.

12 Ogos 2017, tarikh keramat yang pasti tidak mampu kulupakan. 

Setelah 3 tahun terpisah membawa haluan masing-masing setamatnya DQ, berjumpa kembali di Istiadat Pentauliahan Diraja PALAPES Universiti Awam Ke-36

Sunday, January 8, 2017

Tanggungjawab dan Peranan Wanita Dalam Gerakan Dakwah : Suatu Kajian Terhadap Pelajar Darul Quran (Bab 5 : Penutup Kertas Kerja Diploma 2014)

BAB LIMA
PENUTUP

1.0            PENDAHULUAN

Bab ini merupakan bab yang terakhir bagi kajian ilmiah ini. Penulis akan membuat kesimpulan terhadap keseluruhan penulisan dan memberikan beberapa saranan dan juga cadangan yang berkaitan dengan peranan dan tanggungjawab wanita dalam gerakan dakwah.

5.1            KESIMPULAN

Sepanjang kajian ini, penulis mendapati majoriti daripada responden yang terlibat sudah pun memahami bahawa wanita berperanan dan turut mempunyai tanggungjawab dalam melaksanakan tuntutan dakwah termasuklah dakwah yang melibatkan persatuan atau sesuatu gerakan. Cuma, masih ada sebahagian antara mereka yang tidak memahami pelaksanaan atau batasan bidang kuasa seseorang wanita dalam gerakan dakwah. Ini terbukti melalui hasil dan analisis kajian yang dijalankan. Ini jelas menunjukkan bahawa mereka sudah pun diberi pendedahan awal peranan dan tanggungjawab wanita dalam gerakan dakwah seperti wanita dituntut melaksanakan dakwah secara berorganisasi dan hal itu merupakan satu kewajipan yang tidak boleh ditinggalkan. Penulis mendapati responden diberi penekanan dari sudut kewajipan berdakwah melalui program-program persatuan, mahupun silibus yang diajarkan kepada mereka. Sebagai contoh, program usrah yang dijalankan oleh pihak persatuan pelajar.
Walaupun majoriti daripada mereka memahami peranan dan tanggungjawab wanita dalam gerakan dakwah, namun itu tidak bermakna mereka faham secara mendalam tentang kewajipan tersebut. Penulis mendapati ramai antara mereka hanya mengetahui kewajipan seseorang wanita berdakwah tanpa mereka memahami secara jelas dalil-dalil ataupun nas-nas dari  Al-Quran mahupun As-Sunnah. Masih ramai kabur dan kurang jelas hadis Sahih Bukhari yang mengatakan bahawa wanita itu kurang akal dan agama jika dibandingkan dengan lelaki sehingga mereka menafikan potensi kepimpinan ataupun saranan idea oleh seorang wanita. Mereka hanya menafsirkan hadis tersebut secara zahir tanpa mengetahui tentang sebab hadis itu diungkapkan oleh Rasulullah SAW. Mereka tidak merujuk huraian ataupun perbahasan para ulama’ dalam membincangkan hadis tersebut.
Melihat kepada situasi ini, pelbagai langkah perlulah diambil bagi memastikan setiap individu muslim itu bukan sahaja dapat memahami peranan dan tanggungjawab wanita dalam gerakan dakwah, namun dapat turut menyokong dan membantu wanita dalam mengembangkan syiar Islam. Hal ini penting bagi memastikan Islam kembali gah sebagai sebuah cara hidup yang sempurna, lengkap dan menyeluruh.

5.2            CADANGAN DAN SARANAN

Berdasarkan kajian yang telah dilaksanakan, penulis dan responden ingin mengemukakan beberapa cadangan dan saranan yang boleh dilakukan oleh pihak-pihak yang berkaitan mahupun orang perseorangan bagi meningkatkan kesedaran umum tentang peranan dan tanggungjawab seseorang wanita dalam gerakan dakwah terutamanya para pendakwah sendiri.
1.     Penulis menyarankan agar setiap individu muslim hendaklah sentiasa mengkaji sesuatu dalil sama ada dari Al-Quran mahupun As-Sunnah sebelum menjadikannya hujah agar kita benar-benar faham dan jelas sesuatu nas itu diwahyukan oleh Allah SWT. Hal ini juga bagi memastikan kita faham tuntutan dalil tersebut secara tepat dan yakin untuk berpegang dengannya.
2.     Selain itu, bicara-bicara ilmiah berkenaan peranan dan tanggungjawab wanita harus giat dijalankan kepada masyarakat agar masyarakat mampu memahami peranan wanita dan menjadi penyokong kepada gerak kerja yang mulia ini.
3.     Kempen kesedaran harus dijalankan besar-besaran agar wanita tidak lagi takut untuk sama-sama turun ke medan dakwah dan menghadapi masyarakat dalam mendukung perjuangan dakwah ini.
4.     Ibu bapa merupakan pencorak utama perkembangan anak-anak dalam memastikan anak-anak perempuan mereka bersemangat dan memahami tuntutan dakwah ini. Persekitaran rumah yang mempunyai unsur tarbiah dapat memastikan anak-anak memahami bahawa dakwah itu merupakan suatu kewajipan tanpa mengira jantina sama ada lelaki mahupun perempuan.
5.     Para pensyarah juga memainkan peranan yang penting dalam menyuntik semangat dakwah dalam kalangan siswi dan memperbetul semula persepsi yang salah terhadap isu ini.
6.     Media massa sangat berpengaruh dalam mendoktrin atau membentuk pemikiran masyarakat kerana hampir kesemua golongan masyarakat menggunakan saluran ini dalam kehidupan seharian. Pelbagai rancangan ataupun siaran yang kreatif harus ditayangkan bagi menarik minat wanita untuk turun ke lapangan dakwah.
7.     Semua pihak harus menggembleng tenaga dalam memastikan setiap individu memahami peranan ini secara benar dan tepat di samping dakwah dapat terus berkembang melalui penglibatan wanita.

5.3            PENUTUP

Wanita juga merupakan seorang insan yang mempunyai potensi yang sama sebagaimana lelaki dalam meraih ganjaran pahala daripada Allah SWT melalui penglibatan mereka dalam dakwah. Oleh itu, janganlah sesekali dinafikan peranan mereka dalam dakwah agar Islam itu tidak dipandang serong sebagai suatu agama yang menindas wanita.
Sebagai pengakhiran, penulis berharap kajian ilmiah ini mampu menjadi sebuah sumber rujukan yang bermanfaat dalam membahaskan peranan dan tanggungjawab wanita dalam dakwah.

BIBLIOGRAFI
1.     Tafsir Pimpinan al-Rahman kepada Pengertian al-Quran (1987), ed. 8. Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri
2.     Al-Syeikh Dr. Faisal Mawlawi (2011), Peranan Muslimat Di Medan Amal Islami, Nafisah Hj. Md Tahir (terj.) Kuala Lumpur: Jundi Resources
3.     Nafisah Tahir et al., Zatil Azzyati Mustapha (ed). Muslimah Celik Politik, Gombak : Dewan Muslimat PAS Kawasan Gombak
4.     Ab. Aziz Mohd. Zin (2005), Pengantar Dakwah Islamiah, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya
5.     Muhammad al-Ghazali (1981),  Ma’allah, Beirut : Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi
6.     Al-Qurtubi, al-Jami’ li Ahkam al-Qur’an, Beirut : Dar Ihya’, jil. 4
7.     Al-Shawkani, Fath al-Qadir, Beirut : Dar al-Fikr, jil 4, h. 165
8.     Taufik Yusuf Al-Wa’I  (2004), Profil Wanita Aktivis Dakwah, Tim L-Data (terj.) Jakarta: Griya Ilmu
9.     Al-Bukhari, Kitab Al-Haidh : Bab Tarki al-Haidh al-Saoum, Hadis no. 296
10.  Jalan Da’wah Antara Keaslian dan Penyelewengan, Ustadh Mohd. Yusuf Ismail (terj.) Shah Alam : Dewan Pustaka Fajar, cet. 3
 

Tanggungjawab dan Peranan Wanita Dalam Gerakan Dakwah : Suatu Kajian Terhadap Pelajar Darul Quran (Bab 4 : Analisis Kajian Kertas Kerja Diploma 2014)

BAB EMPAT
ANALISIS KAJIAN TERHADAP KEFAHAMAN PELAJAR DARUL QURAN BERKENAAN TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN WANITA DALAM GERAKAN DAKWAH

1.0            PENDAHULUAN

                   Dalam bab ini akan dibincangkan keputusan yang diperoleh hasil dari kajian ini. Hipotesis kajian yang telah dianalisis dipaparkan dalam bentuk jadual dan sedikit huraian.

4.1            PENGANALISAN DATA

Melalui penganalisan data, penulis memperoleh hasil dari keputusan responden yang terdiri daripada pelajar Darul Quran yang berlainan kursus berkenaan kajian yang dijalankan mengikut peratusan yang tertentu. Penganalisan data berdasarkan soalan yang diberikan melalui borang kaji selidik yang telah diedarkan kepada responden.
Sebanyak 30 borang kaji selidik telah diedarkan kepada responden. Responden-responden ini terdiri daripada pelajar semester enam Diploma Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat, pelajar Ijazah USIM-DQ, dan pelajar Pensijilan Tahfiz DQ-UIAM, Darul Quran JAKIM, Kuala Kubu Bharu, Selangor Darul Ehsan.
  
4.1.1       BAHAGIAN A : MAKLUMAT AM RESPONDEN

JADUAL 4.1.1.1 : BILANGAN RESPONDEN (LELAKI / PEREMPUAN)

Pengajian
Kursus / Syukbah
Bilangan Responden
Pensijilan DQ-UIAM
-
10
Ijazah USIM-DQ
Quran Sunnah
10
Diploma Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat
Qiraat
2
Diploma Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat
Dakwah
2
Diploma Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat
Syariah
2
Diploma Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat
Hadis
2
Diploma Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat
Muamalat
2
JUMLAH
-
30
Sumber : Borang Kaji Selidik

JADUAL 4.1.1.2 : MAKLUMAT DIRI RESPONDEN

Maklumat Diri

Pengajian
/Syukbah
Jantina

Umur (Tahun)
Lelaki
Perempuan
15-18
19-22
23-25
Pensijilan DQ-UIAM
5
5
-
10
-
Ijazah USIM-DQ / Quran Sunnah
5
5
-
7
3
Diploma Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat / Qiraat
1
1
-
2
-
Diploma Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat / Dakwah
1
1
-
2
-
Diploma Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat / Syariah
1
1
-
2
-
Diploma Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat / Hadis
1
1
-
2
-
Diploma Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat / Muamalat
1
1
-
2
-
Sumber : Borang Kaji Selidik
4.1.2   BAHAGIAN B : ANALISIS MAKLUMAT RESPONDEN MELALUI    PERJADUALAN

Petunjuk :       SS   –  Sangat Setuju
                                    S     –   Setuju
                                    TP  –   Tidak Pasti
                                    TS   –   Tidak Setuju
                                    STS –   Sangat Tidak Setuju
                                    Pensijilan DQ-UIAM                                     –  DQ-UIAM
                                    Ijazah USIM-DQ (Quran Sunnah)               –  USIM-DQ
                                    Diploma Tahfiz Wal Qiraat (Qiraat)           –  Qiraat
                                    Diploma Tahfiz Wal Qiraat (Dakwah)         –  Dakwah
                                    Diploma Tahfiz Wal Qiraat  (Syariah)        –  Syariah
                                    Diploma Tahfiz Wal Qiraat (Hadis)             –  Hadis
                                    Diploma Tahfiz Wal Qiraat (Muamalat)     –  Muamalat

4.1.2.1  (WANITA MEMPUNYAI PERANAN DALAM SESEBUAH GERAKAN DAKWAH)

RESPONDEN
SS
S
TP
TS
STS
DQ-UIAM
7
3
-
-
-
USIM-DQ
6
4
-
-
-
Qiraat
1
1
-
-
-
Dakwah
2
-
-
-
-
Syariah
1
1
-
-
-
Hadis
2
-
-
-
-
Muamalat
1
1
-
-
-
Sumber : Borang Kaji Selidik

Analisis jadual 4.1.2.1 menunjukkan bahawa keseluruhan responden daripada pelajar semester enam Diploma Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat yang terdiri daripada syukbah Qiraat, Dakwah, Syariah, Hadis dan Muamalat serta pelajar Ijazah USIM-DQ, dan pelajar Pensijilan Tahfiz DQ-UIAM bersetuju dengan item ini.
Secara keseluruhan analisis jadual ini, penulis dapat menyimpulkan bahawa majoriti dalam kalangan responden memahami bahawa wanita mempunyai peranan dalam sesebuah gerakan dakwah.

4.1.2.2  (TIADA HUKUM YANG JELAS MENGENAI DAKWAH BAGI WANITA)

RESPONDEN
SS
S
TP
TS
STS
DQ-UIAM
-
-
6
2
2
USIM-DQ
-
1
5
2
2
Qiraat
-
-
2
-
-
Dakwah
-
-
1
1
-
Syariah
-
-
2
-
-
Hadis
-
-
1
-
1
Muamalat
-
-
2
-
-
Sumber : Borang Kaji Selidik

Analisis jadual 4.1.2.2 menunjukkan majoriti daripada pelajar semester enam Diploma Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat yang terdiri daripada syukbah Qiraat, Dakwah, Syariah, Hadis dan Muamalat serta pelajar Ijazah USIM-DQ, dan pelajar Pensijilan Tahfiz DQ-UIAM kurang jelas dan tidak pasti berkaitan hukum dakwah bagi seseorang wanita. Sebahagian besar pula tidak bersetuju dengan item yang diberikan menjelaskan bahawa mereka faham akan tuntutan dakwah kepada semua orang Islam tanpa mengira jantina mereka. Hanya seorang yang bersetuju dengan pernyataan yang diberikan.
Berdasarkan jadual tersebut, penulis dapat menyimpulkan bahawa majoriti daripada responden kurang memahami bahawa hakikatnya hukum dakwah bagi wanita sama sahaja seperti lelaki iaitu Fardu Ain dan Fardu Kifayah. [Bebanan syariat ke atas lelaki dan perempuan adalah sama, kecuali pada perkara-perkara yang dikhususkan bagi kaum perempuan seperti haid, istihadah, nifas, bersalin, penyusuan dan warisan. Kedua-duanya adalah hamba Allah yang dituntut bagi mengabdikan diri kepada Allah, melaksanakan amar ma’ruf nahi munkar dan memakmurkan dunia…][1]

4.1.2.3  (WANITA DILARANG KELUAR DARIPADA RUMAH BAGI MELAKSANAKAN DAKWAH KERANA TEMPAT WANITA HANYALAH BERADA DI RUMAH)
RESPONDEN
SS
S
TP
TS
STS
DQ-UIAM
-
1
2
4
3
USIM-DQ
-
1
-
5
4
Qiraat
-
-
1
1
-
Dakwah
-
-
-
2
-
Syariah
-
-
-
2
-
Hadis
-
1
-
1
-
Muamalat
-
-
-
2
-
Sumber : Borang Kaji Selidik
Analisis jadual 4.1.2.3 menunjukkan majoriti responden daripada pelajar semester enam Diploma Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat yang terdiri daripada syukbah Qiraat, Dakwah, Syariah, Hadis dan Muamalat serta pelajar Ijazah USIM-DQ, dan pelajar Pensijilan Tahfiz DQ-UIAM tidak bersetuju bahawa wanita dilarang keluar daripada rumah bagi melaksanakan dakwah. Hanya segelintir kecil yang tidak pasti dan terdapat juga segelintir kecil yang bersetuju dengan item yang diberikan.
Berdasarkan jadual ini, dapat disimpulkan bahawa kefahaman pelajar-pelajar Darul Quran berkenaan ini amat memuaskan. Hakikatnya, wanita dibenarkan keluar daripada rumah untuk berdakwah kerana hukum wanita keluar daripada rumah berbeza-beza mengikut niat wanita tersebut. Sekiranya niatnya murni bagi menyampaikan dakwah, maka hukumnya juga diharuskan dan kadangkala berubah menjadi wajib seandainya tiada orang lain yang mampu melaksanakannya selain dia. […Jika ia keluar dengan alasan yang dibenarkan oleh syarak, maka wajiblah ke atasnya mengelak diri dari bertabarruj seperti orang-orang jahiliyyah dahulu kala…][2]

4.1.2.4  (DAKWAH BAGI WANITA HANYALAH MENGURUSKAN RUMAH TANGGA DI RUMAH DAN MEMBENTUK ANAK-ANAK MENJADI ANAK YANG SOLEH DAN SOLEHAH)

RESPONDEN
SS
S
TP
TS
STS
DQ-UIAM
1
1
1
4
3
USIM-DQ
-
2
-
4
4
Qiraat
-
1
-
1
-
Dakwah
-
1
-
1
-
Syariah
-
-
-
2
-
Hadis
-
1
-
1
-
Muamalat
-
-
-
2
-
Sumber : Borang Kaji Selidik
Analisis Jadual 4.1.2.4 menunjukkan majoriti responden yang terdiri daripada pelajar semester enam Diploma Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat yang terdiri daripada syukbah Qiraat, Dakwah, Syariah, Hadis dan Muamalat serta pelajar Ijazah USIM-DQ, dan pelajar Pensijilan Tahfiz DQ-UIAM tidak bersetuju bahawa dakwah bagi wanita hanyalah menguruskan hal ehwal rumah tangga. Sebahagian besar yang lain bersetuju dengan pernyataan ini manakala hanya seorang tidak pasti.
Menurut analisis di atas, maka jelaslah majoriti responden memahami bahawa menjadi satu kewajipan bagi wanita untuk turut turun ke medan masyarakat bagi menyampaikan dakwah bukan sekadar menguruskan hal ehwal rumah tangga.

4.1.2.5  (WANITA MEMPUNYAI KEKURANGAN DARI SUDUT AKAL DAN AGAMA MEREKA MENYEBABKAN MEREKA TIDAK MAMPU UNTUK BERDAKWAH)

RESPONDEN
SS
S
TP
TS
STS
DQ-UIAM
-
1
1
3
5
USIM-DQ
-
-
-
7
3
Qiraat
-
-
-
2
-
Dakwah
1
-
-
1
-
Syariah
-
-
-
1
1
Hadis
-
-
-
1
1
Muamalat
-
-
1
1
-
Sumber : Borang Kaji Selidik
Analisis jadual 4.1.2.5 menunjukkan bahawa responden daripada pelajar semester enam Diploma Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat yang terdiri daripada syukbah Qiraat, Dakwah, Syariah, Hadis dan Muamalat serta pelajar Ijazah USIM-DQ, dan pelajar Pensijilan Tahfiz DQ-UIAM  tidak bersetuju bahawa kekurangan akal dan agama membuatkan wanita tidak mampu untuk berdakwah. Hanya sebahagian kecil yang setuju dan tidak pasti berkenaan ini.
Ini menunjukkan responden memahami bahawa kekurangan akal dan agama tidak menafikan dan menghalang wanita daripada meraih ganjaran Allah SWT melalui kegiatan dakwah.

4.1.2.6  (KEKURANGAN AGAMA BAGI WANITA YANG DISEBUTKAN DALAM HADIS SAHIH BUKHARI MERUJUK KEPADA KUANTITI BUKANNYA KUALITI)

RESPONDEN
SS
S
TP
TS
STS
DQ-UIAM
-
1
7
1
1
USIM-DQ
-
1
9
-
-
Qiraat
-
-
2
-
-
Dakwah
2
-
-
-
-
Syariah
-
-
2
-
-
Hadis
-
-
1
1
-
Muamalat
-
-
2
-
-
Sumber : Borang Kaji Selidik
Analisis jadual 4.1.2.6 menunjukkan bahawa majoriti responden daripada pelajar semester enam Diploma Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat yang terdiri daripada syukbah Qiraat, Dakwah, Syariah, Hadis dan Muamalat serta pelajar Ijazah USIM-DQ, dan pelajar Pensijilan Tahfiz DQ-UIAM  tidak pasti ataupun ragu-ragu berkaitan kekurangan agama bagi wanita merujuk kepada kuantiti bukannya kualiti. Hanya sebahagian kecil yang bersetuju manakala sebahagian kecil yang lain tidak bersetuju.
Berdasarkan analisis tersebut, penulis menyimpulkan majoriti responden kurang mengambil berat akan huraian hadis tersebut serta hanya membaca dan menjadikannya hujah untuk menghalang wanita daripada turun ke medan dakwah. Penekanan harus diberikan kepada huraian hadis tersebut supaya mereka benar-benar memahami sebab hadis itu dilafazkan oleh Rasulullah SAW.
4.1.2.7  (KEKURANGAN AKAL BAGI WANITA YANG DISEBUTKAN DALAM HADIS SAHIH BUKHARI MERUJUK KEPADA KEMAMPUAN WANITA DALAM MENGURUS PERASAAN DAN EMOSI BUKANNYA KEBIJAKSANAAN)

RESPONDEN
SS
S
TP
TS
STS
DQ-UIAM
1
2
6
1
-
USIM-DQ
-
3
6
-
1
Qiraat
-
1
1
-
-
Dakwah
1
-
1
-
-
Syariah
-
-
2
-
-
Hadis
2
-
-
-
-
Muamalat
-
-
2
-
-
Sumber : Borang Kaji Selidik
Analisis jadual 4.2.1.7 menunjukkan majoriti responden daripada pelajar semester enam Diploma Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat yang terdiri daripada syukbah Qiraat, Dakwah, Syariah, Hadis dan Muamalat serta pelajar Ijazah USIM-DQ, dan pelajar Pensijilan Tahfiz DQ-UIAM  tidak pasti ataupun ragu-ragu bahawa kekurangan akal yang dimaksudkan oeh hadis merujuk kepada kemampuan seseorang wanita mengendalikan emosi dan perasaan bukannya merujuk kepada kebijaksanaan. Sebahagian besar yang lain bersetuju dan terdapat segelintir yang tidak bersetuju.
Berdasarkan analisis tersebut, penulis menyimpulkan majoriti responden kurang mengambil berat akan huraian hadis tersebut serta hanya membaca dan menjadikannya hujah untuk menghalang wanita daripada turun ke medan dakwah. Penekanan harus diberikan kepada huraian hadis tersebut supaya mereka benar-benar faham akan sebab hadis itu dilafazkan oleh Rasulullah SAW.

4.1.2.8  (HANYA LELAKI YANG BERKUASA MUTLAK DALAM MENETAPKAN SEGALA KETETAPAN DALAM GERAKAN DAKWAH MANAKALA WANITA TIDAK BERKUASA DAN HANYA PERLU MENGIKUT LELAKI)

RESPONDEN
SS
S
TP
TS
STS
DQ-UIAM
1
-
1
5
3
USIM-DQ
1
1
-
5
3
Qiraat
-
1
-
1
-
Dakwah
1
-
-
1
-
Syariah
-
-
-
2
-
Hadis
-
-
1
1
-
Muamalat
-
-
1
1
-
Sumber : Borang Kaji Selidik

Analisis jadual 4.1.2.8 menunjukkan majoriti responden daripada pelajar semester enam Diploma Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat yang terdiri daripada syukbah Qiraat, Dakwah, Syariah, Hadis dan Muamalat serta pelajar Ijazah USIM-DQ, dan pelajar Pensijilan Tahfiz DQ-UIAM  tidak bersetuju bahawa hanya lelaki yang berhak membuat segala ketetapan dalam gerakan Islam manakala wanita tidak berhak dan hanya mengikut segala keputusan lelaki. Terdapat segelintir kecil yang tidak pasti dan sebahagian kecil yang lain bersetuju.
Berdasarkan analisis di atas, dapat disimpulkan bahawa kefahaman para responden adalah memuaskan kerana mereka menyedari bahawa keputusan harus dibuat secara bersama-sama oleh lelaki dan wanita bukan hanya ditetapkan oleh sesuatu jantina semata-mata tetapi melibatkan lelaki dan juga wanita. Hal ini disebabkan wanita lebih memahami tuntutan dan kehendak naluri seorang wanita lebih daripada seorang lelaki dalam menyampaikan dakwah kepada wanita yang lain.

4.1.2.9  (LELAKI DAN WANITA HENDAKLAH SALING MEMBANTU DALAM MELAKSANAKAN DAKWAH)

RESPONDEN
SS
S
TP
TS
STS
DQ-UIAM
8
2
-
-
-
USIM-DQ
8
2
-
-
-
Qiraat
1
1
-
-
-
Dakwah
2
-
-
-
-
Syariah
1
1
-
-
-
Hadis
2
-
-
-
-
Muamalat
-
2
-
-
-
Sumber : Borang Kaji Selidik 
Analisis jadual 4.1.2.9 menunjukkan keseluruhan responden pelajar semester enam Diploma Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat yang terdiri daripada syukbah Qiraat, Dakwah, Syariah, Hadis dan Muamalat serta pelajar Ijazah USIM-DQ, dan pelajar Pensijilan Tahfiz DQ-UIAM  sangat setuju bahawa lelaki dan wanita haruslah bantu-membantu dalam melaksanakan dakwah.
Mereka memahami kewajipan untuk saling membantu dalam perkara-perkara kebajikan sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran dan Hadis.

4.1.2.10  (WANITA HENDAKLAH MENJAGA BATAS-BATAS PERGAULAN BERANDASKAN SYARIAT DALAM MELAKSANAKAN TUNTUTAN DAKWAH)

RESPONDEN
SS
S
TP
TS
STS
DQ-UIAM
8
2
-
-
-
USIM-DQ
8
2
-
-
-
Qiraat
1
1
-
-
-
Dakwah
2
-
-
-
-
Syariah
1
1
-
-
-
Hadis
2
-
-
-
-
Muamalat
-
2
-
-
-
Sumber : Borang Kaji Selidik

Analisis jadual 4.1.2.10 menunjukkan semua responden pelajar semester enam Diploma Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat yang terdiri daripada syukbah Qiraat, Dakwah, Syariah, Hadis dan Muamalat serta pelajar Ijazah USIM-DQ, dan pelajar Pensijilan Tahfiz DQ-UIAM  sangat setuju bahawa wanita perlulah menjaga batas-batas pergaulan dalam melaksanakan tuntutan dakwah.
Berdasarkan analisis di atas, penulis dapat menyimpulkan bahawa responden sangat memahami bahawa wanita perlulah dipelihara maruahnya dan matlamat tidak menghalalkan cara biarpun matlamat tersebut sesuci berdakwah.
4.1.2.11  (SEBAGAIMANA ORANG-ORANG KAFIR MENGGUNAKAN WANITA BAGI MENYESATKAN MANUSIA, MAKA WANITA ISLAM TIDAK TERKECUALI UNTUK MENYAMPAIKAN DAKWAH ISLAM)

RESPONDEN
SS
S
TP
TS
STS
DQ-UIAM
4
3
3
-
-
USIM-DQ
4
3
2
1
-
Qiraat
-
1
1
-
-
Dakwah
1
1
-
-
-
Syariah
1
1
-
-
-
Hadis
-
-
1
1
-
Muamalat
-
1
1
-
-
Sumber : Borang Kaji Selidik

Analisis jadual 4.1.2.11 menunjukkan majoriti responden daripada pelajar semester enam Diploma Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat yang terdiri daripada syukbah Qiraat, Dakwah, Syariah, Hadis dan Muamalat serta pelajar Ijazah USIM-DQ, dan pelajar Pensijilan Tahfiz DQ-UIAM  bersetuju bahawa wanita Islam perlu turut menjalankan dakwah sebagaimana wanita kafir yang turut ditugaskan untuk menyesatkan manusia. Sebahagian besar pula masih tidak pasti dan ragu-ragu manakala segelintir kecil tidak bersetuju dengan pernyataan ini.
Analisis ini menunjukkan kefahaman responden memuaskan kerana mereka menyedari kewajipan berdakwah seorang wanita Islam. Mereka sedar sedangkan matlamat sekeji menyesatkan manusia hendaklah melibatkan wanita, maka matlamat sesuci dakwah juga harus melibatkan wanita agar dakwah itu lebih luas tersebar di samping wanita lebih memahami fitrah sebenar seorang wanita apabila sasaran dakwah tersebut adalah seorang wanita.

4.1.2.12  (LELAKI DAN WANITA MEMPUNYAI POTENSI YANG SAMA DALAM LAPANGAN DAKWAH BAGI MERAIH GANJARAN PAHALA DARIPADA ALLAH SWT

RESPONDEN
SS
S
TP
TS
STS
DQ-UIAM
4
4
2
-
-
USIM-DQ
6
4
-
-
-
Qiraat
-
1
-
1
-
Dakwah
1
1
-
-
-
Syariah
-
2
-
-
-
Hadis
2
-
-
-
-
Muamalat
-
2
-
-
-
Sumber : Borang Kaji Selidik
Analisis jadual 4.1.2.12 menunjukkan majoriti responden daripada pelajar semester enam Diploma Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat yang terdiri daripada syukbah Qiraat, Dakwah, Syariah, Hadis dan Muamalat serta pelajar Ijazah USIM-DQ, dan pelajar Pensijilan Tahfiz DQ-UIAM  bersetuju bahawa lelaki dan wanita mempunyai potensi yang sama dalam meraih ganjaran pahala daripada Allah SWT. Hanya segelintir kecil yang tidak pasti dan tidak bersetuju dengan pernyataan ini.
Hal ini menunjukkan bahawa responden sangat memahami bahawa Allah SWT tidak menilai seseorang berdasarkan jantina tetapi Allah SWT menilai berdasarkan ketakwaan seseorang sebagaimana yang telah digazetkan Allah SWT dalam Al-Quran Al-Karim.

4.1.2.13  (DEWAN MUSLIMAT PARTI ISLAM SE-MALAYSIA (PAS) SELANGOR MERUPAKAN SALAH SATU MEDAN GERAKAN DAKWAH BAGI WANITA BUKAN SEKADAR SAYAP KIRI BAGI PARTI POLITIK)

RESPONDEN
SS
S
TP
TS
STS
DQ-UIAM
1
2
7
-
-
USIM-DQ
4
4
2
-
-
Qiraat
1
1
-
-
-
Dakwah
2
-
-
-
-
Syariah
-
2
-
-
-
Hadis
-
2
-
-
-
Muamalat
-
1
1
-
-
Sumber : Borang Kaji Selidik
Analisis jadual 4.1.2.13 menunjukkan majoriti responden daripada pelajar semester enam Diploma Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat yang terdiri daripada syukbah Qiraat, Dakwah, Syariah, Hadis dan Muamalat serta pelajar Ijazah USIM-DQ, dan pelajar Pensijilan Tahfiz DQ-UIAM  bersetuju bahawa Dewan Muslimat PAS Selangor adalah sebuah gerakan dakwah bukan sekadar sayap kiri bagi parti politik. Hanya sebahagian kecil yang tidak pasti dengan kenyataan ini.
Berdasarkan analisis, penulis dapat menyimpulkan bahawa responden memahami bahawa Dewan Muslimat PAS Selangor berperanan dalam menyebarkan dakwah bukan hanya sebagai parti politik.

4.1.2.14  (PERANAN YANG BOLEH DIMAINKAN OLEH WANITA DALAM MENYEBARKAN DAKWAH MELALUI DEWAN MUSLIMAT PAS SELANGOR BERSIFAT MENYELURUH DAN SEMPURNA)

RESPONDEN
SS
S
TP
TS
STS
DQ-UIAM
-
1
8
1
-
USIM-DQ
3
5
2
-
-
Qiraat
-
2
-
-
-
Dakwah
-
1
1
-
-
Syariah
-
2
-
-
-
Hadis
2
-
-
-
-
Muamalat
-
1
1
-
-
Sumber : Borang Kaji Selidik
Analisis jadual 4.1.2.14 menunjukkan bahawa responden daripada pelajar semester enam Diploma Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat yang terdiri daripada syukbah Qiraat, Dakwah, Syariah, Hadis dan Muamalat serta pelajar Ijazah USIM-DQ, dan pelajar Pensijilan Tahfiz DQ-UIAM  sebahagian besar bersetuju bahawa Dewan Muslimat PAS Selangor boleh memanfaatkan sepenuhnya peranan seseorang wanita. Sebahagian besar yang lain pula ragu-ragu dengan kenyataan ini.
Analisis ini menunjukkan bahawa Dewan Muslimat PAS Selangor harus lebih menonjol dalam dakwah mereka agar orang dapat memahami peranan sesebuah parti politik itu bukan sekadar berceramah di medan siasah namun turut membawa agenda dakwah dan tarbiah.

4.1.2.15  (WANITA HARUS MENJAGA NIAT IKHLAS DAN MENJADI TELADAN YANG BAIK UNTUK TERUS MAJU DALAM DAKWAH ISLAM)

RESPONDEN
SS
S
TP
TS
STS
DQ-UIAM
3
7
-
-
-
USIM-DQ
6
4
-
-
-
Qiraat
-
2
-
-
-
Dakwah
2
-
-
-
-







Syariah
-
2
-
-
-
Hadis
2
-
-
-
-
Muamalat
-
2
-
-
-
Sumber : Borang Kaji Selidik 
Analisis jadual 4.1.2.15 menunjukkan semua responden yang terdiri daripada pelajar semester enam Diploma Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat yang terdiri daripada syukbah Qiraat, Dakwah, Syariah, Hadis dan Muamalat serta pelajar Ijazah USIM-DQ, dan pelajar Pensijilan Tahfiz DQ-UIAM  bersetuju bahawa wanita perlu mempunyai niat yang ikhlas dan menunjukkan contoh teladan yang baik agar mereka terus maju dalam dakwah Islam.
Berdasarkan analisis di atas, dapatlah disimpulkan bahawa semua responden memahami akhlak yang baik amat penting dalam memastikan keberkesanan sesuatu dakwah. Realitinya, manusia lebih mudah terkesan dengan perbuatan dan tingkah laku daripada lisan ataupun pertuturan. Penulis juga dapat menyimpulkan bahawa responden memahami salah satu komponen asas Islam ialah akhlak yang mulia.

4.2        RUMUSAN DAN CADANGAN

4.2.1   LATAR BELAKANG RESPONDEN

Kajian lapangan yang bertajuk Tanggungjawab dan Peranan Wanita Dalam Gerakan Dakwah : Suatu Kajian Terhadap Kefahaman Pelajar Darul Quran. Kajian ini telah dijalankan ke atas 10 orang responden dari pelajar semester enam Diploma Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat, 10 orang pelajar Ijazah USIM-DQ, dan 10 orang pelajar Pensijilan Tahfiz DQ-UIAM, Darul Quran JAKIM, Kuala Kubu Bharu, Selangor Darul Ehsan.
Kajian ini juga telah dijalankan ke atas 15 orang lelaki dan 15 orang perempuan yang mewakili 50%  bagi setiap jantina. Malah kajian ini juga telah dijalankan mengikut syukbah bagi pengajian Diploma Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat dan seramai 2 orang telah menjadi wakil bagi setiap syukbah untuk dijadikan sampel kajian. Manakala umur responden pula adalah berkisar di antara 19 sehingga 22 tahun.

4.3        RUMUSAN KAJIAN

4.3.1           Kajian ini telah membuktikan bahawa kefahaman pelajar Darul Quran berkenaan peranan dan tanggungjawab wanita dalam gerakan dakwah adalah memuaskan.
4.3.2           Terdapat beberapa orang responden yang kurang jelas pada beberapa item dan pendedahan tentang peranan dan tanggungjawab wanita dalam gerakan dakwah perlu giat dijalankan melalui aktiviti-aktiviti bersifat ilmiah seperti forum, diskusi dan ceramah.
4.3.3           Perlu ada tindakan susulan dari pihak Darul Quran bagi memberi kefahaman yang jelas terhadap peranan dan tanggungjawab wanita dalam gerakan dakwah agar graduan huffaz yang dilahirkan Darul Quran menjadi huffaz yang berkualiti dan mampu menyebarkan dakwah dalam kalangan masyarakat terutamanya para siswi Darul Quran.

4.4            KESIMPULAN

Setelah membuat sedikit analisis terhadap pelajar semester enam Diploma Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat, pelajar Ijazah USIM-DQ, dan pelajar Pensijilan Tahfiz DQ-UIAM; penulis mendapati bahawa masih ramai dalam kalangan pelajar Darul Quran kurang memahami tentang peranan dan tanggungjawab wanita dalam gerakan dakwah. Majoriti daripada mereka ragu-ragu dan kurang berkeyakinan terhadap perkara yang dibincangkan. Hanya sebahagian yang benar-benar memahaminya.
Penulis mendapati faktor jantina juga amat mempengaruhi dalam menjawab persoalan-persoalan yang dikemukakan. Penulis dapat menyimpulkan bahawa perbezaan pendapat ini disebabkan psikologi dan perasaan seorang lelaki dan wanita yang agak berbeza membuatkan jawapan yang diberikan oleh kedua-dua jantina ini kadangkala amat kontra dan bertentangan. Oleh itu, penekanan dari sudut ilmiah seperti ceramah mahupun kuliah-kuliah dalam memperbetul dan menyelaraskan persepsi kedua-dua gender ini ke arah kebenaran haruslah diambil perhatian.
Sebagai seorang muslim dan muslimah, lebih-lebih lagi sebagai seorang yang menghafaz Al-Quran; kita seharusnya memahami peranan setiap daripada kita iaitu kita merupakan pendakwah yang akan terjun ke dalam masyarakat tanpa kita melihat kepada jantina sama ada lelaki mahupun wanita. Kita harus sedar setiap daripada kita mempunyai potensi yang sama dalam meraih ganjaran daripada Allah SWT. Selagimana kita masih belum mampu untuk memahami bahawa wanita itu juga berperanan dalam dakwah, selagi itulah usaha pencerahan pemikiran harus dilakukan agar hak-hak wanita dalam meraih ganjaran Allah SWT dalam lapangan dakwah tidak dinafikan.
Peranan dari beberapa badan berwajib seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan harus melaksanakan kempen secara besar-besaran dan memberi pencerahan yang sewajarnya agar kualiti yang dilahirkan oleh setiap institusi pengajian agama ini benar-benar berkualiti dan bermanfaat kepada masyarakat. Hal ini juga bagi mengelakkan perpecahan dan kekeliruan dalam kalangan masyarakat khususnya yang berkaitan dengan kewajipan dakwah yang merupakan satu kewajipan setiap insan yang mengaku dirinya sebagai seorang muslim dan muslimah.



[1] Nafisah Tahir et al., Zatil Azzyati Mustapha (ed). Muslimah Celik Politik, Gombak : Dewan  
   Muslimat PAS Kawasan Gombak, h. 7.
[2] Al-Syeikh Dr. Faisal Mawlawi (2011), Peranan Muslimat Di Medan Amal Islami, Nafisah Hj. Md
   Tahir (terj.) Kuala Lumpur: Jundi Resources, h. 23.